Monday, August 30, 2010

Larangan Penggunaan Kenderaan Barangan

Kementerian Pengangkutan melaksanakan larangan ke atas kenderaan barangan menggunakan jalan raya semasa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitiri (08,09 September dan 18,19 September ) dengan 4 kategori pengkelasan jenis kenderaan berat. Maklumat terperinci adalah seperti berikut:


Mazzi Krank (Series 725) Chrome - 22 x 9.5 Inch Wheel



Kategori 1 (Sekatan Penuh)
1.Lori Balak, lori pengangkut bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah kecuali yang dibenarkan di bawah kategori 3.


2.Lori pembancuh simen dan jentera berat ( kren, low loader dan lain-lain jentera berat ).

Kategori 2 (Dibenarkan beroperasi daripada jam 6.00 pagi hingga 12 tengah mlm)
1.Lori kontena/kargo membawa barang-barang elektronik/elektrik.


2.Lori kontena/kargo dari pelabuhan ke lapangan terbang tidak setempat.

Kategori 3 (Dibenarkan beroperasi daripada jam 6.00 pagi hingga 6 petang di sekitar kawasan Lembah Klang , kawasan Bandaraya Johor Bahru , Georgetown dan Ipoh Sahaja. Tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan-jalan tertentu.
1.Lori pembancuh simen (concrete mixer truck)


2.Kren bergerak (mobile cranes)

3.Lori tipper pengangkut batu dan pasir

Kategori 4 (Tidak dikenakan sekatan)
1.Lori gas dan kimia untuk bekalan perubatan dan industri kimia. Lori konten/kargo dari dan ke lapangan terbang.


2.Lori kontena/kargo dari pelabuhan ke lapangan terbang setempat.

3.Lori kargo membawa bahan keperluan harian ( makanan,buah-buahan,sayuran,bahan-bahan mentah,suratkhabar dan ternakan ) atau lori kosong dalam perjalanan pulang.

4.Lori mengangkut sampah dan bahan kumbahan (sewerage).

5.Lori kecil d'controlled ( BDM 5000kg ke bawah ). Lori kontena.kargo antara terminal di pelabuhan setempat (ITT)

6.Lori kontena / kargo dari pelabuhan ke gudang dan sebaliknya serta di sekitar kawasan industri yang berhampiran dengan pelabuhan. Lori tanker pengangkut bahan bakar ( petroleum/diesel , gas dan LPG ).

7.Lori yang terlibat dalam kerja-kerja kecemasan dan menyelamat ( rescue operation )

Tarikh Tutup PERMOHONAN PADA 5 SEPTEMBER 2010


Sebarang Pertanyaan :

Sila Hubungi : 03- 88866742
Faks : 03-88893402

http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=69%3Alarangan-penggunaan-kenderaan-barangan&catid=20%3Apenguatkuasaan&lang=ms

1 comment:

siak said...

Morning, i wish to know the meaning for this sentence
"5.Lori kecil d'controlled ( BDM 5000kg ke bawah ). "

What is the meaning for the D'controlled?

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...