BannerFans.com

Tuesday, June 28, 2011

Public Reminder !!!

Orang Awam dinasihatkan berhati-hati dengan penipuan menggunakan nama 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia'
1.    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin memaklumkan kepada orang awam mengenai penipuan menggunakan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.  Modus operandi yang kerap dilakukan ialah melalui penipuan dengan menggunakan nama Ketua Pengarah Kastam, penyamaran sebagai pegawai kastam, penggunaan logo dan kad kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan akhir-akhir ini penipuan di dalam internet dengan mengaitkan penglibatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
2.    Walaupun hebahan telah dibuat melalui akhbar oleh Ketua Pengarah Kastam, melalui Laman Web Jabatan dan surat edaran kepada semua agensi Kerajaan, namun aktiviti negatif ini masih giat dijalankan dan ramai orang awam yang masih tertipu lagi.
3.    Dengan ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin menegaskan kepada orang awam bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga ataupun mana-mana agen untuk bertindak bagi pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk sebarang transaksi mahupun urusan jual-beli.
4.    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang awam agar tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan trend taktik penipuan diatas.
5.    SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN PERKASTAMAN / GST, SILA HUBUNGI PUSAT PANGGILAN KASTAM DI TALIAN 03 7806 7200 ATAU FAKS 03 7806 7599 ATAUPUN ANDA BOLEH MENGAJUKAN PERTANYAAN ANDA PADA SISTEM  e-pertanyaan
Ketua Pengarah Kastam
Malaysia

3 comments:

UHal said...

Salam,

Syarikat saya baru melancarkan satu mobile application untuk Android - MyKouponz. (untuk iPhone jugak bakal dilancarkan tidak lama lagi!)

MyKouponz ialah satu aplikasi dimana kita dapat Beli / Kongsi / Tebus / Urus Discount Deals dari pelbagai Deals company yang terlibat sperti ILoveDiscounts.my, Jackcow.com, Qpon.com.my, dan banyak lagi.

MyKouponz boleh di download secara PERCUMA di :
https://market.android.com/details?id=com.quantumbeez.android.mykouponz

Website :
http://www.mykouponz.com

Facebook :
http://www.facebook.com/ILikeMyKouponz

Twitter :
@mykouponz

Kami berbesar hati untuk menerima maklum balas dari pihak pengguna.


Terima kasih ;)

Menu printing said...

Nice post....thanks for sharing...

Chrome Rims said...

Great article, no doubt it contributed to remarkably.

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...